Friday, May 8, 2020

BILA KAU DAPAT APA YANG TAK TERFIKIR

NI HAO! 你好


dalam TERUJA ada CUAK.

TERUJA sebab ? bunga LILLY gaiss.

bahagian pintu masuk

map nak ke ladang Lilly

itenary – sekadar baca tapi tak focus sebab? kau seorang yang jenis OK. mana2 orang bawa pun OK. jenis tak kisah. asalkan selamat.

itenary ada, baca tapi tak pergi study. dui buqi Rarai.

kenapa dengan bunga lilly tu? apa yang special sangat ?

qishi.. sebenarnya. …

bermula awal 90-an dulu, zaman kanak-kanak ribena, wo san jie (kakak no3 saya), kak yea punya angkara, haha, dia selalu beli perfume nutrimetics bau lilly. saya pulak curi-curi pakai. dah tu TERSUKA TANPA SENGAJA. dari curi-curi pakai, takut kene marah sebab curi-curi, pastu kakakku hadiahkan 1 botol kecil yang roll on (cam gambar kat bawah ni, yang betul2 takde gambar, puas menggoogle tak jumpa) opkos la harga murah sikit dari yang kene curi-curi tu. (ni pun sama, dah tak wujud dalam google)

yg ni pinjam bodyshop punya gambar.
roll on

so bermula dari situ lah saya meminati lilly. bau yang fresh macam selepas mandi begitu membuatkan diri saya sangat segar.

SO! memang teruja sangat! sesuatu yang tak pernah terlintas di hati dan fikiran untuk saya bertemu kamu wahai si bunga Lilly,.

No comments:

Post a Comment